Followers...

Powered By Blogger

Dengan Ucapan..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...
Terima kasih krn sudi mengunjungi blog su yg tak seberapa ini..
Semoga persahabatan yg terjalin ini kekal hingga ke Jannah.. InsyaAllah..



Jumaat, 7 Ogos 2015

Kek Cawan Coklat Lembab

Lamanya tak buat kek feberet anak- anak yang satu ni.. kemalasan melanda la katakan... hehe

Beberapa hari lepas terasa nak makan kek ni, bila tgk bahan2 semua ada, terus la tangan-tangan su ni beroperasi seawal jam 8.30 pagi... hihi

Su tampalkan resepi ni kat sini untuk kawan-kawan cuba yer...

Kek Cawan Coklat Lembab Kukus

Bahan-bahannya

Bahagian A
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat

➡Satukan dan ayak

Bahagian B

1 cwn air panas
1 3/4 cwn gula
1 sk nescafe (optional)

➡Satukan dan kacau hingga gula larut

Bahagian C

5 biji telur
2 sb susu pekat
1 cwn minyak jagung/ masak

➡satukan dan blend hingga sebati

Cara-caranya

Kesemua bahagian A, B dan C disatukan


Beginilah rupanya setelah kesemua bahagian disatukan. Nampak macam masih ada yang berketul kan? Takpe, nanti bila dah kukus xde dah yang berketul tu... ��


Adunan ni utk loyang 9 inci tapi kali ni su buat dalam bekas-bekas kecil utk mudahkan anak- anak makan.


Beginilah rupanya setelah dikukus. Anggaran masa mengukus tu dlm 15 minit atau sehingga keluar wap air dari tudung pengukus tu.

Biasanya su biarkan beberapa minit setelah wap air tu keluar.. supaya kek betul2 masak. Jika rasa kurang yakin, boleh cucuk kek dengan lidi. Kalau lidi tu bersih selepas dicucuk, bermakna kek dah cukup masak.

Kek ni sedap makan suam atau boleh juga letak dalam peti ais.

Boleh letak topping coklat kalau suka...

Biasanya su hanya campurkan coklat serbuk, sedikit susu pekat, sedikit susu cair dan sesudu marjerin dan su cairkan atas api. Maaflah utk topping ni biasanya su main letak2 jer jd xde la sukatan yang betul..����


Closed up kek cawan coklat lembab ni. Rasanya memang menepati selera su dan anak- anak. Dah banyak resepi kek coklat lembab yang su cuba, alhamdulillah ini yang terbaik. ������

Kawan-kawan pun cubalah.

Yummy... ☺☺☺


Sabtu, 13 Jun 2015

RAMADHAN KAREEM

30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN
1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tp bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kpd Allah di kala senang maupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.


Isnin, 1 Jun 2015

Perkongsian Ilmu: 9 Tanda-tanda Saat Kematian

~ 9 Tanda Tanda Saat Kematian ~

1. 100 hari, seluruh badan rasa bergegar.

2. 60 hari, pusat rasa bergerak-gerak.

3. 40 hari, daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dgn nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan kelihatan orang yang akan meninggal seperti sedang rungsing.

4. 7 hari, mengidam makan.

5. 5 hari, anak lidah bergerak-
gerak.

6. 3 hari, bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

7. 2 hari, seluruh dahi bergerak-gerak.

8. 1 hari, terasa bahagian ubun-ubun bergerak-gerak pada waktu subuh dan asar.

9. Saat terakhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan).

Ingatlah kematian itu akan datang
bila-bila masa sahaja. Maka, Persiapkan diri sebaiknya utk bertemu Sang Pencipta dlm keadaan Khusnul Khothimah. InsyaAllah..


Sabtu, 30 Mei 2015

Resepi Puding Buih BerSos Kastad

Dah lama sgt tak buat puding... ptg smlm tergerak hati nak buat. Tgk2 bhn semua ada, terus godek2 kat dapur..

Resepi ni utk tatapan dan percubaan shbt2 su.. yg ni bljr ngan kakak bertahun2 dulu... adjust sendiri ikut selera.. hehe..

Puding Buih Bersos Kastad


Bahan-bahannya..


Bhn2 & cara2 utk Puding

❤1 paket agar2 (20gm), 3 sb gula, sedikit pewarna, 2 cwn air
➡Masakkan atas dapur hingga mendidih

❤7 biji Putih telur size C
➡putar guna mixer hingga gebu & meringue (bila terbalikkan bekas adunan telur td tak tumpah)

❤Masukkan adunan agar2 yg masih panas, sedikit2 ke dlm adunan telur sambil diputar hingga semua sebati.
❤Masukkan dlm tupperware dan dinginkan dlm peti ais.


Bhn2 dan cara2 utk Sos Kastad

❤1 tin susu cair, 2 sb tepung kastad, 7 biji telur kuning size C, sedikit esen vanilla, 12 sb gula, 2 cwn air (masukkan semua ke dlm periuk dan kacau rata atas darat atau tanpa api)
❤Setelah semua rata, masak atas api hingga menggelegak (pastikan sentiasa dikacau supaya sos tak berketul).
❤Bila dah masak, tutup api dan kacau lagi hingga agak2 suam (utk elak sos berketul2 juga).
❤Bleh simpan dlm peti sejuk atau terus dimakan bersama puding yg dah dipotong2 kecil..


Selamat mencuba...☺☺


Jumaat, 29 Mei 2015

Perkongsian Ilmu: Air Wadi / Keputihan

��Utk wanita,girls only��

�� Air wadi/ keputihan
Contohnya , bila kita angkat benda berat ,perasaan terlampau gembira,  jalan jalan kat shopping complex 2,3 round. , tu yang keluar air wadi..

��ada satu kes ;
Seorang ustazah ni keluar pergi shopping . then dia terserempak dgn seorag muslimah . ustazah macam terpandang and tengok dia . masa tu kat shopping kompleks la.

��then ustazah jalan pusing pusing dari tengah hari smpai lah ke petang .
Then ustazah nak solat asar . ustazah singgah masjid . ustazah pergi lah toilet nak bersihkan apa yg patut . lepastu masa nak naik ke tmpat prmpuan ustzh nampak muslimah tadi terus naik .��

��Ustazah tu cam lah muka muslimah tu sebab masa shopping tu berapa kali terserempak masa tawaf . then ustazah pun solat lah . muslimah tu ada solat kat depan ustazah .
Ustazah ternampak sebelum dia solat, dia buka seluar dalam dia.��

��Then ustazah siap solat dulu . ustazah pun tunggu lah muslimah tu siap solat sebab ustazah tergerak hati nak tegur.
Lepas siap semua , ustzh tegur dia. ustazah tanya , kenapa awk buka seluar dlm awk ? ��

��Then muslimah tu pun cakap , sebab mungkin air wadi keluar sebab masa shopping tadi sy banyak berjalan .
Ustazah pun senyum ☺ , ustazah tanya lg . buka seluar dalam saja ka? tak basuh ke ?
Then dia senyum menggeleng .��

��Ustazah pun ckp la . memang air wadi kadang kadang tak nampak. tapi punca tempat keluar tu kena bersihkan (kemaluan) . sebab masih melekat kat situ . jadiya solatnya mungkin tak sah sbb awak tak bersihkan tempat punca yang keluar tu. ☺

�� dan selalu jugak perempuan yang bangun subuh tp X nak mandi.. Jangan terus amek wuduk. Tapi.. Bersihkan dulu kemaluan dan berwuduk baru sah solat. Ini namanya beristinjak. Sebab kita tak tahu masa tidur tu Ade keluar air wadi ke.. Air ape2 je la yang najis.. Jadi perlu basuh dan berwuduk. Lebih bagus lagi.. Mandi la lepas bangun subuh.

�� conclusion is,  nak solat je,  bersihkan tempat tu ye.  Dan najis jangan bawa dalam solat.  Sebab,  .

��Ada jugak sesetengah tu . dia dah bersihkan . then lepas die bersihkan die buka seluar dalam dan mungkin simpan dlm poket baju . bila solat lupa nak buang letak tempat lain . jadinya bawa najis tu solat sekali jadinya, solatnya tak sah .��

��Kalau boleh masa nak solat if tak pakai pantiliner . Pergi basuh dulu kemaluan dan buka seluar dalam . siap solat pakailah balik seluar dalam tu.
Pakai pantiliner pun kena juga bersihkan dan tukar pantiliner yang baru dan pastikan tak melekat kat seluar dalam .kalau nak bawa dalam solat
terkena pada kita atau pakaian dan bawa untuk solat nanti,  maka solat kita nanti tak sah. Diulangi. TAK SAH! ��

��ramai yg tknk amik tahu dan ambil berat pasal ni. kadang2 tu ckp kat kawan kawan pun masing masing taknak dengar. �� tapi please amek berat ye. Nak ke solat tak sah �� hmm

Kebersihan terjaga ibadah diterima ��..insyaAllah...

������������������������

Anda atau insan tersayang ada mslh kesihatan? Ingin mencuba dan ikhtiar menggunakan supplement Shaklee? Anda boleh hubungi Whatsapp/ telegram su ��01132134121

Terima kasih.


Selasa, 24 Februari 2015

Persediaan Air Bersih Musim Kemarau

Persediaan utk air yg bersih dan sihat di musim kemarau.. .

Hanya ambil air terus dari paip atau bekas simpanan air,  masukkan dlm Water Pitcher..tunggu ianya ditapis seketika dan boleh terus diminum begitu shj.

Anda akan mendapat air yg Bersih dan sedap sprt air mineral. Setiap penapis blok pepejal karbon menghasilkan 80 gelen air bersih, 2x ganda berbanding jenama lain.

Disahkan oleh Persatuan Kualiti Air (WQA) bahawa ia boleh mengurangkan sehingga 99% lead serta berpuluh-puluh bahan pencemar lain yg berbahaya utk kesihatan.

Harga pasaran hanya RM460 shj utk 1 set bersama 4 blok penapis. Harga ahli semestinya lebih murah. Berbaloi utk dimiliki. Contact su utk tahu lebih lanjut.

Sabtu, 21 Februari 2015

Rindu....

Fuhh.. Lamanya tak ber blogging.. 
Rinduuuu....
Lama sgt tak bercerita dlm blog su ni..

Hari ni terpanggil utk bercerita di sini semula. Banyak sbnrnya nak cerita sampai tak tau nak start di mana.. hehe

Takpe la kita start satu persatu. 

Hari ni 21hb Februari, masih lagi bercuti utk Raya Cina.. Kalau ikut perancangannya ada 2 program hari ni.. Berkelah bersama family dan yg ke dua reunion kecil-kecilan geng sekolah rendah dulu. Tapi kedua-duanya tak bleh nak join atas sebab yg tidak dapat dielakkan. Pasti ada hikmah disebalik semua ni.. Allah lebih tahu apa yang TERBAIK utk hambaNya.. 

2 hari lepas dapat berita kawan suami (kira kawan baik juga la) sedang bertarung nyawa di ICU HUSM Kubang Kerian. Pada asalnya hanya mengalami sakit kepala.. ke hospital utk check up tapi doktor tak dapat nak mengesan penyakinya.. Entah mcmana ambik keputusan utk diambil air tulang belakang utk dibuat ujian. Tapi keadaan semakin teruk hingga dimasukkan ke ICU. Takdir Allah tiada siapa yang tahu. Allah lebih mengetahui setiap yg berlaku. Semoga Isteri dan anak2 serta keluarga beliau sabar dengan UJIAN ini.. Ada kelapangan nanti nak juga pergi melawat ke sana. InsyaAllah...

Sebagai Pengedar Produk Kesihatan Shaklee, su amat sarankan kwn2 ambil suppliment yang bersifat antioksidan seperti SR Vita C, Vita E, Carotomax, COQ10 atau Vivix sesuai bajet kwn2 utk meningkatkan imun tubuh kwn2.. Bukan utk lawan penyakit tapi utk cegah penyakit. Kan MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.. Nanti su akan cerita satu persatu mengenai semua suppliment yang Shaklee tawarkan utk kesihatan kita. InsyaAllah..

Kalau kwn2 nak tahu, su ni suka memasak. Bukan masak lauk pauk (su biasa masak simple2 jer utk ni) tapi su suka buat roti, kek, puding dan apa2 lagi la.. maklumlah anak2 suka makan. su pun suka makan.. nampak je kurus ni tapi kuat makan juga. hehe.. suami pun suka makan walaupun jarang puji tapi kalau yg mmg dia suka tu.. dia akan makan byk.. paham2 la tu.. kikiki.. jadi sebab su ni suka masak, nanti su akan share kat sini sume yang pernah su buat.. ada byk gmbr masakan dlm phone tu, nnti su share satu persatu. InsyaAllah...

Ada lg nak cerita tapi stop kat sini dulu la.. Nak uruskan rumah dulu sementara anak2 kecik tu masih tido. hehe

Oklah, kalau kwn2 nak order Vitamin Shaklee bleh WhatsApp su yer.. Banyak pilihan suppliment utk kesihatan kwn2.. InsyaAllah..

Rakan Shaklee Anda

Suhada Wahab
011 32134121

^^ Si Bunga Matahari ^^