Followers...

Powered By Blogger

Dengan Ucapan..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...
Terima kasih krn sudi mengunjungi blog su yg tak seberapa ini..
Semoga persahabatan yg terjalin ini kekal hingga ke Jannah.. InsyaAllah..



Jumaat, 7 Ogos 2015

Kek Cawan Coklat Lembab

Lamanya tak buat kek feberet anak- anak yang satu ni.. kemalasan melanda la katakan... hehe

Beberapa hari lepas terasa nak makan kek ni, bila tgk bahan2 semua ada, terus la tangan-tangan su ni beroperasi seawal jam 8.30 pagi... hihi

Su tampalkan resepi ni kat sini untuk kawan-kawan cuba yer...

Kek Cawan Coklat Lembab Kukus

Bahan-bahannya

Bahagian A
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat

➡Satukan dan ayak

Bahagian B

1 cwn air panas
1 3/4 cwn gula
1 sk nescafe (optional)

➡Satukan dan kacau hingga gula larut

Bahagian C

5 biji telur
2 sb susu pekat
1 cwn minyak jagung/ masak

➡satukan dan blend hingga sebati

Cara-caranya

Kesemua bahagian A, B dan C disatukan


Beginilah rupanya setelah kesemua bahagian disatukan. Nampak macam masih ada yang berketul kan? Takpe, nanti bila dah kukus xde dah yang berketul tu... ��


Adunan ni utk loyang 9 inci tapi kali ni su buat dalam bekas-bekas kecil utk mudahkan anak- anak makan.


Beginilah rupanya setelah dikukus. Anggaran masa mengukus tu dlm 15 minit atau sehingga keluar wap air dari tudung pengukus tu.

Biasanya su biarkan beberapa minit setelah wap air tu keluar.. supaya kek betul2 masak. Jika rasa kurang yakin, boleh cucuk kek dengan lidi. Kalau lidi tu bersih selepas dicucuk, bermakna kek dah cukup masak.

Kek ni sedap makan suam atau boleh juga letak dalam peti ais.

Boleh letak topping coklat kalau suka...

Biasanya su hanya campurkan coklat serbuk, sedikit susu pekat, sedikit susu cair dan sesudu marjerin dan su cairkan atas api. Maaflah utk topping ni biasanya su main letak2 jer jd xde la sukatan yang betul..����


Closed up kek cawan coklat lembab ni. Rasanya memang menepati selera su dan anak- anak. Dah banyak resepi kek coklat lembab yang su cuba, alhamdulillah ini yang terbaik. ������

Kawan-kawan pun cubalah.

Yummy... ☺☺☺


Sabtu, 13 Jun 2015

RAMADHAN KAREEM

30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN
1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tp bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kpd Allah di kala senang maupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.


Isnin, 1 Jun 2015

Perkongsian Ilmu: 9 Tanda-tanda Saat Kematian

~ 9 Tanda Tanda Saat Kematian ~

1. 100 hari, seluruh badan rasa bergegar.

2. 60 hari, pusat rasa bergerak-gerak.

3. 40 hari, daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dgn nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan kelihatan orang yang akan meninggal seperti sedang rungsing.

4. 7 hari, mengidam makan.

5. 5 hari, anak lidah bergerak-
gerak.

6. 3 hari, bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

7. 2 hari, seluruh dahi bergerak-gerak.

8. 1 hari, terasa bahagian ubun-ubun bergerak-gerak pada waktu subuh dan asar.

9. Saat terakhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan).

Ingatlah kematian itu akan datang
bila-bila masa sahaja. Maka, Persiapkan diri sebaiknya utk bertemu Sang Pencipta dlm keadaan Khusnul Khothimah. InsyaAllah..


Sabtu, 30 Mei 2015

Resepi Puding Buih BerSos Kastad

Dah lama sgt tak buat puding... ptg smlm tergerak hati nak buat. Tgk2 bhn semua ada, terus godek2 kat dapur..

Resepi ni utk tatapan dan percubaan shbt2 su.. yg ni bljr ngan kakak bertahun2 dulu... adjust sendiri ikut selera.. hehe..

Puding Buih Bersos Kastad


Bahan-bahannya..


Bhn2 & cara2 utk Puding

❤1 paket agar2 (20gm), 3 sb gula, sedikit pewarna, 2 cwn air
➡Masakkan atas dapur hingga mendidih

❤7 biji Putih telur size C
➡putar guna mixer hingga gebu & meringue (bila terbalikkan bekas adunan telur td tak tumpah)

❤Masukkan adunan agar2 yg masih panas, sedikit2 ke dlm adunan telur sambil diputar hingga semua sebati.
❤Masukkan dlm tupperware dan dinginkan dlm peti ais.


Bhn2 dan cara2 utk Sos Kastad

❤1 tin susu cair, 2 sb tepung kastad, 7 biji telur kuning size C, sedikit esen vanilla, 12 sb gula, 2 cwn air (masukkan semua ke dlm periuk dan kacau rata atas darat atau tanpa api)
❤Setelah semua rata, masak atas api hingga menggelegak (pastikan sentiasa dikacau supaya sos tak berketul).
❤Bila dah masak, tutup api dan kacau lagi hingga agak2 suam (utk elak sos berketul2 juga).
❤Bleh simpan dlm peti sejuk atau terus dimakan bersama puding yg dah dipotong2 kecil..


Selamat mencuba...☺☺


Jumaat, 29 Mei 2015

Perkongsian Ilmu: Air Wadi / Keputihan

��Utk wanita,girls only��

�� Air wadi/ keputihan
Contohnya , bila kita angkat benda berat ,perasaan terlampau gembira,  jalan jalan kat shopping complex 2,3 round. , tu yang keluar air wadi..

��ada satu kes ;
Seorang ustazah ni keluar pergi shopping . then dia terserempak dgn seorag muslimah . ustazah macam terpandang and tengok dia . masa tu kat shopping kompleks la.

��then ustazah jalan pusing pusing dari tengah hari smpai lah ke petang .
Then ustazah nak solat asar . ustazah singgah masjid . ustazah pergi lah toilet nak bersihkan apa yg patut . lepastu masa nak naik ke tmpat prmpuan ustzh nampak muslimah tadi terus naik .��

��Ustazah tu cam lah muka muslimah tu sebab masa shopping tu berapa kali terserempak masa tawaf . then ustazah pun solat lah . muslimah tu ada solat kat depan ustazah .
Ustazah ternampak sebelum dia solat, dia buka seluar dalam dia.��

��Then ustazah siap solat dulu . ustazah pun tunggu lah muslimah tu siap solat sebab ustazah tergerak hati nak tegur.
Lepas siap semua , ustzh tegur dia. ustazah tanya , kenapa awk buka seluar dlm awk ? ��

��Then muslimah tu pun cakap , sebab mungkin air wadi keluar sebab masa shopping tadi sy banyak berjalan .
Ustazah pun senyum ☺ , ustazah tanya lg . buka seluar dalam saja ka? tak basuh ke ?
Then dia senyum menggeleng .��

��Ustazah pun ckp la . memang air wadi kadang kadang tak nampak. tapi punca tempat keluar tu kena bersihkan (kemaluan) . sebab masih melekat kat situ . jadiya solatnya mungkin tak sah sbb awak tak bersihkan tempat punca yang keluar tu. ☺

�� dan selalu jugak perempuan yang bangun subuh tp X nak mandi.. Jangan terus amek wuduk. Tapi.. Bersihkan dulu kemaluan dan berwuduk baru sah solat. Ini namanya beristinjak. Sebab kita tak tahu masa tidur tu Ade keluar air wadi ke.. Air ape2 je la yang najis.. Jadi perlu basuh dan berwuduk. Lebih bagus lagi.. Mandi la lepas bangun subuh.

�� conclusion is,  nak solat je,  bersihkan tempat tu ye.  Dan najis jangan bawa dalam solat.  Sebab,  .

��Ada jugak sesetengah tu . dia dah bersihkan . then lepas die bersihkan die buka seluar dalam dan mungkin simpan dlm poket baju . bila solat lupa nak buang letak tempat lain . jadinya bawa najis tu solat sekali jadinya, solatnya tak sah .��

��Kalau boleh masa nak solat if tak pakai pantiliner . Pergi basuh dulu kemaluan dan buka seluar dalam . siap solat pakailah balik seluar dalam tu.
Pakai pantiliner pun kena juga bersihkan dan tukar pantiliner yang baru dan pastikan tak melekat kat seluar dalam .kalau nak bawa dalam solat
terkena pada kita atau pakaian dan bawa untuk solat nanti,  maka solat kita nanti tak sah. Diulangi. TAK SAH! ��

��ramai yg tknk amik tahu dan ambil berat pasal ni. kadang2 tu ckp kat kawan kawan pun masing masing taknak dengar. �� tapi please amek berat ye. Nak ke solat tak sah �� hmm

Kebersihan terjaga ibadah diterima ��..insyaAllah...

������������������������

Anda atau insan tersayang ada mslh kesihatan? Ingin mencuba dan ikhtiar menggunakan supplement Shaklee? Anda boleh hubungi Whatsapp/ telegram su ��01132134121

Terima kasih.


Selasa, 24 Februari 2015

Persediaan Air Bersih Musim Kemarau

Persediaan utk air yg bersih dan sihat di musim kemarau.. .

Hanya ambil air terus dari paip atau bekas simpanan air,  masukkan dlm Water Pitcher..tunggu ianya ditapis seketika dan boleh terus diminum begitu shj.

Anda akan mendapat air yg Bersih dan sedap sprt air mineral. Setiap penapis blok pepejal karbon menghasilkan 80 gelen air bersih, 2x ganda berbanding jenama lain.

Disahkan oleh Persatuan Kualiti Air (WQA) bahawa ia boleh mengurangkan sehingga 99% lead serta berpuluh-puluh bahan pencemar lain yg berbahaya utk kesihatan.

Harga pasaran hanya RM460 shj utk 1 set bersama 4 blok penapis. Harga ahli semestinya lebih murah. Berbaloi utk dimiliki. Contact su utk tahu lebih lanjut.

Sabtu, 21 Februari 2015

Rindu....

Fuhh.. Lamanya tak ber blogging.. 
Rinduuuu....
Lama sgt tak bercerita dlm blog su ni..

Hari ni terpanggil utk bercerita di sini semula. Banyak sbnrnya nak cerita sampai tak tau nak start di mana.. hehe

Takpe la kita start satu persatu. 

Hari ni 21hb Februari, masih lagi bercuti utk Raya Cina.. Kalau ikut perancangannya ada 2 program hari ni.. Berkelah bersama family dan yg ke dua reunion kecil-kecilan geng sekolah rendah dulu. Tapi kedua-duanya tak bleh nak join atas sebab yg tidak dapat dielakkan. Pasti ada hikmah disebalik semua ni.. Allah lebih tahu apa yang TERBAIK utk hambaNya.. 

2 hari lepas dapat berita kawan suami (kira kawan baik juga la) sedang bertarung nyawa di ICU HUSM Kubang Kerian. Pada asalnya hanya mengalami sakit kepala.. ke hospital utk check up tapi doktor tak dapat nak mengesan penyakinya.. Entah mcmana ambik keputusan utk diambil air tulang belakang utk dibuat ujian. Tapi keadaan semakin teruk hingga dimasukkan ke ICU. Takdir Allah tiada siapa yang tahu. Allah lebih mengetahui setiap yg berlaku. Semoga Isteri dan anak2 serta keluarga beliau sabar dengan UJIAN ini.. Ada kelapangan nanti nak juga pergi melawat ke sana. InsyaAllah...

Sebagai Pengedar Produk Kesihatan Shaklee, su amat sarankan kwn2 ambil suppliment yang bersifat antioksidan seperti SR Vita C, Vita E, Carotomax, COQ10 atau Vivix sesuai bajet kwn2 utk meningkatkan imun tubuh kwn2.. Bukan utk lawan penyakit tapi utk cegah penyakit. Kan MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.. Nanti su akan cerita satu persatu mengenai semua suppliment yang Shaklee tawarkan utk kesihatan kita. InsyaAllah..

Kalau kwn2 nak tahu, su ni suka memasak. Bukan masak lauk pauk (su biasa masak simple2 jer utk ni) tapi su suka buat roti, kek, puding dan apa2 lagi la.. maklumlah anak2 suka makan. su pun suka makan.. nampak je kurus ni tapi kuat makan juga. hehe.. suami pun suka makan walaupun jarang puji tapi kalau yg mmg dia suka tu.. dia akan makan byk.. paham2 la tu.. kikiki.. jadi sebab su ni suka masak, nanti su akan share kat sini sume yang pernah su buat.. ada byk gmbr masakan dlm phone tu, nnti su share satu persatu. InsyaAllah...

Ada lg nak cerita tapi stop kat sini dulu la.. Nak uruskan rumah dulu sementara anak2 kecik tu masih tido. hehe

Oklah, kalau kwn2 nak order Vitamin Shaklee bleh WhatsApp su yer.. Banyak pilihan suppliment utk kesihatan kwn2.. InsyaAllah..

Rakan Shaklee Anda

Suhada Wahab
011 32134121

^^ Si Bunga Matahari ^^



Isnin, 13 Oktober 2014

GASTRIK.. Bagaimana Terjadi & Apa Penyelesaiannya..

GASTRIK.. Macamana Terjadi??




















Tanda-tanda Awal Penyakit Gastrik..

1) Sakit Perut
2) Hilang Selera Makan
3) Rasa Loya
4) Muntah-muntah

Macamana Gastrik Terjadi??

Gastrik boleh terjadi apabila kita selalu skip breakfast atau bg yg terlalu sibuk sebenarnya mereka tak sempat nak breakfast. Apabila perut selalu kosong jer, asid yang ada dlm perut akan menghakis perut yang akhirnya terjadilah luka pada dinding perut. Ulser dalam perut inilah yg dipanggil Gastrik.





















Bagaimana ESP Shaklee Dapat Membantu??

Jawapannya semudah abc sebenarnya.. Kita lihat pada sifat soya yang terkandung dalam ESP itu sendiri.. Soya kan bersifat alkali.. Manakala sifat asid perut adalah berlawanan sama sekali.

Dengan mengambil ESP, Gastrik secara langsung akan berkurang kerana keadaan dalam perut telah menjadi Neutral.

ESP juga berfungsi membina dan memulihkan dinding perut yang terluka akibat Gastrik tadi.

Ini bermakna ESP memberi faedah 2 dalam 1 kepada pengidap Gastrik.

Ada lagi sebenarnya.. Pengidap Gastrik jg mendapat BONUS daripada pengambilan ESP iaitu dapat raser KENYANG yang lebih lama..

Kerana Protein lambat dihadam dan diproses oleh tubuh. 

ESP sgt mudah dibancuh jadi ia boleh dibawa ke pejabat sebagai sarapan yg berkhasiat.. Jadi anda tidak perlu skip breakfast lg malah masih merasa kenyang pabila tiba waktu lunch.

Tak Percaya?? Cuba dulu.. Nanti anda dapat merasai kesannya.. InsyaAllah..


Antara TESTIMONI yang terhangat..























Bulan ini pula ada PROMOSI ESP BELI 6 PERCUMA 1.. 

Harga Setin RM150. Boleh wa su kalau nk tahu harga yg su tawarkan yer..

011 321 341 21

Jumaat, 3 Oktober 2014

ESP DAN KHASIATNYA..

ESP DAN KHASIATNYA..
























Energizing Soy Protein ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat intensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.

Tambahan pula, setiap 850g (satu canister ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Sangat sesuai untuk semua peringkat umur - sama ada muda mahupun tua.

Jom kita tengok, apa khasiat ESP Shaklee ini...

1. Awet muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

2. Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones dan fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. ia membantu merendahkan kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung

3. Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung di dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.

4. Kulit remaja - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radiance kulit dan kepejalan otot, percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

6. Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban, rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

7. Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.

kita takkan tahu khasiatnya jika kita xpernah try. jom try dan rasai kehebatannya. 


Sid Anda
Suhada Wahab

Wa/ Telegram 011 321 341 21


Khamis, 2 Oktober 2014

KEK MINYAK YG MUDAH DAN SEDAP

Hari ni su nk citer bab masak la.. Dulu suka rewang2 kat photopages kat hanieliza, rinnchan,  myresepi dan byk lg..  Rewang2 tgk resepi n deco2..

Walaupun tak pernah pergi kelas masak,  biasanya ikut resepi dorang mmg menjadi kuih n keknya.  Sedap pulak tu.  Alhamdulillah..

Su biasa buat coz anak2 n suami suka mkn.. Su sendiri pun suka sgt mkn kek sbnrnya..  Hihi..

Oklah,  hari ni nk share hasil kejadian kek yg dibuat beberapa minggu lepas.  Hihi.. Lama simpan.

Terima kasih myresepi sudi kongsi resepi yg mudah dan sedap ni..  :-)

Kek Minyak

Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)

5 biji telur
3/4 cawan gula halus (su gn 1/2 cawan gula halus)
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat (su gn 3/4cawan)
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
pewarna yg disukai
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

1.     Panaskan oven suhu 170'C

2.     Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan

3.     Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.

4.     Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.

5.     Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.

6.     Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.

7.     Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.

8.     Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti

9.     Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (su bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)

10.  Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Nota:  kek pecah skit coz overcook..  Tuannya tinggal g umah sebelah.  Hihi..

Se lg, Su tak perlu risau berat naik ke apa bila makan kek ni, su kan amalkan Alfalfa Shaklee.. Nanti dia detox la apa2 yg tak patut tu.. hehe..

Salam Dhuha…

Rabu, 1 Oktober 2014

Tips Hidup Bahagia

Mehh kita cuba buat nanti.. ;-)


ESP Shaklee..

Biasa dengar kan nama ESP Shaklee ni??  Eh.. ada yg x biasa ke?

Mehh su nk citer apa sbnrnya ESP ni..


ESP ni merupakan Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu. Ia dlm bentuk serbuk dan untuk dibancuh bersama air suam (bukan air panas yer coz protein cpt rosak dlm air panas). Serbuk ESP Shaklee ni merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting. Dibandingkan dgn protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.


Keistimewaan ESP ni ialah:

Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormone semasa tempoh putus haid.*

Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Nanti su sambung lg yer..

Oh ya, bulan ni ada promosi ESP tau..
Beli 6 Percuma 1.

Kalau harga biasa RM150 setin tp bila ada promosi ni mmg murah sangat.

Wssp su kalau nk tahu harga special yer..

Sid Anda
Suhada Wahab
011 321 341 21

Petua Penambah Susu Secara Tradisional

Petua Penambah Susu Secara Tradisional

Di samping memberi perhatian khusus terhadap teknik dan amalan asas penyusuan yang betul, anda mampu menambah penghasilan susu dengan mengambil makanan tertentu yang semula jadi, murah dan mudah didapati. Berikut adalah bahan-bahan alami yang anda perlukan.

Kacang soya
Berbanding susu segar ataupun minuman jenis lain, kacang soya adalah minuman terbaik yang banyak membantu anda menambah susu ibu. Paling bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan sendiri kerana susu soya sudah semestinya bebas daripada kandungan bahan pengawet. Jika tidak berkesempatan membuat soya sendiri, minumlah susu soya organik.

Barli
Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijirin ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.

Oat
Bijirin ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu, oat juga boleh menambah susu ibu. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera. Untuk menambah kelazatannya, anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.

Lobak
Apa sahaja jenis lobak diyakini boleh menambah penghasilan susu ibu. Tidak kira sama ada lobak putih mahupun merah. Walaubagaimana pun, lobak putih dipercayai lebih bagus dalam merangsang penghasilan susu anda. Lobak putih boleh digunakan dalam hidangan sup manakala lobak merah pula boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat.


Betik muda
Kebanyakkan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

Halba
Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.

Buah kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.

Jantung pisang
Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu.

Jintan

Orang melayu dahulu kala memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Ini termasuklah jintan manis dan jintan putih. Kedua-dua jenis rempah ini didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu. Untuk memperoleh kebaikkannya, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.

CreditTo Imah Mingguan Wanita


Isnin, 29 September 2014

14 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN

14 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN



1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

CreditToThinkerich

Banyaknya manfaat senyum kan? Sebab tu Rasulullah pun suruh kita banyakkan senyum. Jadi tunggu apa lagi? Senyum je la ekk...












Rakan Shaklee Anda
Suhada Wahab

Si Bunga Matahari


Ahad, 14 September 2014

SEMBELIT OH SEMBELIT..

Sembelit Oh Sembelit..

Pernah alami tak anak kena sembelit? Kita tgk anak teran2 tp ehem2 tu x keluar2. 
Kadang2 anak teran dr pg sampai ptg pun x keluar jg ehem2 tu. 
Siann kat anak kan kalau kena sembelit g2.

Su ada tips camner nk bg ehem2 tu keluar. Cara tradisional.. hihi.. 
Yalah, kalau g klinik, mesti dr msk ubat kat dubur anak. huhu..

Caranya ialah masa anak sdg teran tu, kita peluk dia dr blkg n tekan kat perut dia kuat2. Tekan serentak dgn anak yg sdg teran tu. InsyaAllah, buat 2-3 kali keluar la ehem2 anak tu.

Lepas tu, kalau tak nak sembelit anak tu berulang (seksa tau kalau sembelit), bleh cuba bg anak Meal Shakes Shaklee. Ia adalah sarapan yg penuh dgn vitamin & mineral serta fiber yg membantu proses penghadaman.

Rakan Shaklee Anda
Suhada Wahab

Si Bunga Matahari

Jumaat, 12 September 2014

VITAMIN C SEBAGAI AGEN ANTIOKSIDAN

VITAMIN C – ANTIOKSIDAN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT.

Vitamin c telah digunakan sejak tahun 40'an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan adalah disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia, akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak,kusam,berkedut-kedut serta muncul pigment-pigment hitam pada kulit.

Fungsi vitamin c adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita.

Vitamin c juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kult awet muda. Vitamin c dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yg boleh menimbulkan gangguan kulit. proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat, cantik, bersih, bersinar dan cerah.

1)Vitamin c adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari, vitamin c dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.

2)Kekurangan vitamin c menyebabkan collagen yang lemah dan tidak sihat, menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi, badan kita memerlukan vitamin c yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

3)Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina vitamin c dengan sendirinya.

4)Vitamin c adalah sebatian yang larut air, apabila berlebihan dengan mudah dikeluarkan daripada tubuh.

5)Vitamin c mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu,aditif makanan,bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. kebanyakkan vitamin c didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.

MANFAAT / KEBAIKAN VITAMIN C

1)Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

2)Menghalang SKURVI. (SKURVI=Penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dlm makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)

3)Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.

4)Memguatkan dinding salur darah.

5)Menolong pembentukan tisu gentian.

6)Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.

6)Mengurangkan kedut pada kulit

7)Membaiki parut pada kulit.

8)mencegah penurunan payudara dan buttock

9)menjadikan kulit lebih cerah

10)menghilangkan jerawat dan pigmentasi.

11)menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/ menghaluskan kulit.

12)membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.

13)melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.

HARGA SR VITA C
RM92.50 (x termsk pos)

Hubungi SID Suhada Wahab untuk harga kasih sayang n order.. 011 321 341 21

Khamis, 11 September 2014

PERLU KE AMBIL SUPPLIMENT??

1.Sayuran sekarang agak kurang sihat SEBAB TANAH MAKIN DICEMARI BAHAN KIMIA BERBAHAYA

2.VITAMIN EKTRAK daripada makanan asal kurang mencukupi. Cthnya:vit c = 7biji oren. Adakah kita makan 7 biji oren setiap hari?

3.Zat makanan cepat rosak jika silap dalam penyediaan.Cthnya: cara masak sayur salah, maka zatnya hilang

4.Pengambilan kafein, pil tahan sakit n etc boleh mengganggu penyerapan makanan .jadi zatnya tidak dapat disalurkan pada badan.

5.Pengambilan yang tidak seimbang. Tidak ikut pyramid makanan. Maka kita akan kurang zat dari bahgian tertentu

6.Gaya hidup yg sibuk. Makan di kedai/jarang masak. Maka zat / kebersihan kurang.

Maka,  dengan sebab-sebab inilah , kita amat digalakkan mengambil supplement demi kesihatan berpanjangan.

Mahal?

Dengan vitamin c rm0.40 sehari = 7biji oren?
Kalsium rm0.40 sebiji=segelas susu?
Esp = rm0.70 / 1sudu

Su merasakan kesihatan kita lebih mahal dari itu :-)