Petua Penambah Susu Secara
Tradisional
Di samping memberi perhatian
khusus terhadap teknik dan amalan asas penyusuan yang betul, anda mampu
menambah penghasilan susu dengan mengambil makanan tertentu yang semula jadi,
murah dan mudah didapati. Berikut adalah bahan-bahan alami yang anda perlukan.
Kacang
soya
Berbanding susu segar ataupun
minuman jenis lain, kacang soya adalah minuman terbaik yang banyak membantu
anda menambah susu ibu. Paling bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan
sendiri kerana susu soya sudah semestinya bebas daripada kandungan bahan
pengawet. Jika tidak berkesempatan membuat soya sendiri, minumlah susu soya
organik.
Barli
Selain enak dijadikan minuman
untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijirin ini turut memainkan
peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu
memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada
dihidangkan secara suam mahupun sejuk.
Oat
Bijirin ini terkenal sebagai
bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu,
oat juga boleh menambah susu ibu. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan
oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera. Untuk menambah kelazatannya,
anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.
Lobak
Apa sahaja jenis lobak diyakini
boleh menambah penghasilan susu ibu. Tidak kira sama ada lobak putih mahupun
merah. Walaubagaimana pun, lobak putih dipercayai lebih bagus dalam merangsang
penghasilan susu anda. Lobak putih boleh digunakan dalam hidangan sup manakala
lobak merah pula boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat.
Betik
muda
Kebanyakkan orang tua
mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik
muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan
penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama
nasi.
Halba
Rempah ini biasanya digunakan
dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba
terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu
makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam
air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus
halba tersebut.
Buah
kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang
terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk
susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya
dapat galakkan pertambahan kandungan susu.
Jantung
pisang
Amalkan makan jantung pisang
celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan
sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu.
Jintan
Orang melayu dahulu kala
memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Ini termasuklah
jintan manis dan jintan putih. Kedua-dua jenis rempah ini didapati dapat
menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu. Untuk memperoleh kebaikkannya,
anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan
seharian.
CreditTo Imah Mingguan Wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pls leave your message here..