Followers...

Powered By Blogger

Dengan Ucapan..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...
Terima kasih krn sudi mengunjungi blog su yg tak seberapa ini..
Semoga persahabatan yg terjalin ini kekal hingga ke Jannah.. InsyaAllah..



Khamis, 2 Oktober 2014

KEK MINYAK YG MUDAH DAN SEDAP

Hari ni su nk citer bab masak la.. Dulu suka rewang2 kat photopages kat hanieliza, rinnchan,  myresepi dan byk lg..  Rewang2 tgk resepi n deco2..

Walaupun tak pernah pergi kelas masak,  biasanya ikut resepi dorang mmg menjadi kuih n keknya.  Sedap pulak tu.  Alhamdulillah..

Su biasa buat coz anak2 n suami suka mkn.. Su sendiri pun suka sgt mkn kek sbnrnya..  Hihi..

Oklah,  hari ni nk share hasil kejadian kek yg dibuat beberapa minggu lepas.  Hihi.. Lama simpan.

Terima kasih myresepi sudi kongsi resepi yg mudah dan sedap ni..  :-)

Kek Minyak

Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)

5 biji telur
3/4 cawan gula halus (su gn 1/2 cawan gula halus)
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat (su gn 3/4cawan)
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
pewarna yg disukai
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

1.     Panaskan oven suhu 170'C

2.     Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan

3.     Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.

4.     Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.

5.     Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.

6.     Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.

7.     Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.

8.     Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti

9.     Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (su bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)

10.  Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Nota:  kek pecah skit coz overcook..  Tuannya tinggal g umah sebelah.  Hihi..

Se lg, Su tak perlu risau berat naik ke apa bila makan kek ni, su kan amalkan Alfalfa Shaklee.. Nanti dia detox la apa2 yg tak patut tu.. hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pls leave your message here..