Followers...

Powered By Blogger

Dengan Ucapan..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...
Terima kasih krn sudi mengunjungi blog su yg tak seberapa ini..
Semoga persahabatan yg terjalin ini kekal hingga ke Jannah.. InsyaAllah..



Jumaat, 7 Ogos 2015

Kek Cawan Coklat Lembab

Lamanya tak buat kek feberet anak- anak yang satu ni.. kemalasan melanda la katakan... hehe

Beberapa hari lepas terasa nak makan kek ni, bila tgk bahan2 semua ada, terus la tangan-tangan su ni beroperasi seawal jam 8.30 pagi... hihi

Su tampalkan resepi ni kat sini untuk kawan-kawan cuba yer...

Kek Cawan Coklat Lembab Kukus

Bahan-bahannya

Bahagian A
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat

➡Satukan dan ayak

Bahagian B

1 cwn air panas
1 3/4 cwn gula
1 sk nescafe (optional)

➡Satukan dan kacau hingga gula larut

Bahagian C

5 biji telur
2 sb susu pekat
1 cwn minyak jagung/ masak

➡satukan dan blend hingga sebati

Cara-caranya

Kesemua bahagian A, B dan C disatukan


Beginilah rupanya setelah kesemua bahagian disatukan. Nampak macam masih ada yang berketul kan? Takpe, nanti bila dah kukus xde dah yang berketul tu... ��


Adunan ni utk loyang 9 inci tapi kali ni su buat dalam bekas-bekas kecil utk mudahkan anak- anak makan.


Beginilah rupanya setelah dikukus. Anggaran masa mengukus tu dlm 15 minit atau sehingga keluar wap air dari tudung pengukus tu.

Biasanya su biarkan beberapa minit setelah wap air tu keluar.. supaya kek betul2 masak. Jika rasa kurang yakin, boleh cucuk kek dengan lidi. Kalau lidi tu bersih selepas dicucuk, bermakna kek dah cukup masak.

Kek ni sedap makan suam atau boleh juga letak dalam peti ais.

Boleh letak topping coklat kalau suka...

Biasanya su hanya campurkan coklat serbuk, sedikit susu pekat, sedikit susu cair dan sesudu marjerin dan su cairkan atas api. Maaflah utk topping ni biasanya su main letak2 jer jd xde la sukatan yang betul..����


Closed up kek cawan coklat lembab ni. Rasanya memang menepati selera su dan anak- anak. Dah banyak resepi kek coklat lembab yang su cuba, alhamdulillah ini yang terbaik. ������

Kawan-kawan pun cubalah.

Yummy... ☺☺☺


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pls leave your message here..